Saturday, November 22, 2008

Borong di Vietnam



Awal bulan Ogos 2008 ,saya bersama En. Shahabudeen jalil dari www.kursusborongchina.com bersama 3 teman lagi telah turun ke HCM City @Saigon ,Vietnam bertujuan untuk meninjau tempat-tempat borong .Tempat-tempatnya ialah di sekitar Benh Tan Market ...sehingga ke Cholon Market .
Banyak barangan disini yang boleh dibeli dan dijual di Malaysia ,antaranya telekung,barangan sukan ,barangan cenderahati .Harga barangan disini sangat berpatutan.Bagi yang berminat dengan barangan "Original" Saigon Square adalah tempatnya kerana disini terdapat banyak lambakan pakaian kanak-kanak,pakaian lelaki dewasa serta beg berjenama "Deuters" .

Followers